Taktik Kotor BN

Pelbagai taktik kotor, termasuk juga ugutan dilakukankan oleh BN dalam usaha memenangi pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang dijadualkan pada 17 januari depan.

Perkara biasa bagi BN adalah menyekat penyebaran maklumat yang hendak disampaikan oleh petugas dan agen parti Pakatan Rakyat dengan mengenakan pelbagai sekatan dan ancaman, walau dalam situasi pilihanraya, pihak Pakatan Rakyat diminta memohon permit polis untuk mengadakan ceramah, polis akan membuat siasatan dahulu, jika bersesuaian baru permit diluluskan, jika tidak ceramah tidak boleh dilaksanakan.

Jauh sekali bagi BN yang mengusai kerajaan membenarkan TV dan Radio kepada PAS untuk menjelaskan dasar dan tujuan serta menjelaskan keraguan yang sering diputar belit oleh Amno.

Sedangkan penyampaian maklumat melalui SMS , internet dan ceramah kelompok telah diawasi sepenuhnya oleh pihak berkuasa, ribuan polis telah dihantar bertujuan menyekat pergerakan petugas dan jentera, sedangkan hanya ini saja cara yang kita ada untuk menyampaikan mesej kepada pengundi bagi memahamkan mereka kenapa perlunya memilih PAS , malahan dipihak BN mempunyai ruang yang luas melalui media masa dan akhbar milik kerajaan dan swasta, sekali siar berjuta orang dapat tonton.

Pembangunan untuk rakyat akan terjejas malah boleh terhenti begitu saja jika PAS menang pilihanraya kecil Kuala Terengganu,begitulah ungkapan yang dikeluarkan oleh Ahmad Said, kenyataan sebegini merupakan ugutan dalam usaha menakut-nakutkan pengundi yang inginkan pembangunan, sedangkan usaha pembangunan negeri dan negara terletak dibawah kekuasaan kerajaan yang memerintah, malah menjadi kewajipan kepada pemerintah membangunkan negeri untuk kesenangan rakyat.

Bagi BN yang hanya membawa agenda pembangunan dalam kempen, kebanyakan telah diketahui oleh rakyat, tetapi sejauh mana pula keikhlasan mereka untuk melaksanakan pembangunan, selalunya peruntukan pembangunan akan melimpah apabila menjelang pilihanraya kecil, masa tulah jalan nak turap, longkang nak baiki, paip air nak pasang dan pelbagai lagi, seolah-olah tiada perancangan awal dibuat.

Oleh kerana tiada perancangan dan idea yang baik, akhirnya kerajaan yang dikuasai BN sanggup meniru PAS sebagaimana pelaksanaan cuti dua hari seminggu, pembinaan rumah tiga bilik, cuti bersalin, sistem pajak gadai Islam, menambah guru-guru Al-Quran dan Fardhu Ain dan banyak lagi

Bagi Pakatan Rakyat semua usaha pembangunan adalah untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama, kaum dan ideologi politik mereka, jauh bezanya dengan amalan yang dibawa oleh BN yang hanya mementingkan fahaman politik penyokong mereka sahaja didalam mengagihkan kekayaan negeri.

Pilihanraya Kecil KT dan Pembohongan Amno

Sejak kebelakangan ni pelbagai serangan dilakukan oleh Amno dan BN yang dianggap sebagai serangan pribadi kepada pimpinan PAS, media kerajaan dan swasta turut berganding bahu membantu menyebarkan serangan seolah-olah mereka adalah sebahagian dari pakatan BN.

Dua cabar Wan Farid begitulah tajuk utama Berita Harian 7 januari yang menunjukkan sikap berat sebelah akhbar tersebut, mengapa tidak ditulis “pertandingan tiga penjuru”sebagai tajuk utama, yang tidak menampakkan bias akhbar tersebut kepada mana-mana parti atau individu yang bertanding.

Kebebasan akhbar dan penyiaran yang selalu diperkatakan sebenarnya hanyalah retorik belaka ekoran pengakuan yang telah dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahadir yang juga exco pemuda amno, yang memberi contoh kesediaan kerajaan meluluskan rangkaian televisyen dan radio milik Media Prima menyiarkan slot khas kemanusian di Semenanjung Gaza, itu pun bertujuan untuk mengutip derma, kalau tidak kerana duit nescaya kelulusan itu tidak akan dibenarkan juga.

Isu hudud sengaja diperbesarkan dengan menyalahkan PAS kerana tidak melaksanakan semasa memerintah Terengganu, namun usaha menjadikan hudud dan qisas sebagai undang-undang telah berjaya diwartakan, kini ianya masih kekal sebagai undang-undang di Terengganu tapi mengapa kerajaan Terengganu kini tidak melaksakannya.

Tiada kesungguhan dan sikap sambil lewa yang diambil oleh kerajaan BN dalam usaha memartabatkan Islam dalam negara ini dipermainkan oleh mereka yang kurang berpengetahuan agama, ini boleh dilihat apabila arahan pemakaian tudung yang jelas dalam al-quran kepada kaum wanita Islam telah dipermainkan malah menjadi adat semata-mata, mereka bertudung apabila ada kematian atau berkunjung ke Masjid dan ianya juga dipakai sebagai fesyen untuk ke pejabat, tetapi membuangkannya bila tiba dirumah tanpa ada rasa takut kepada Allah atau merasa malu sesama manusia.

Dengan adanya kuasa semua peraturan, arahan dan undang-undang boleh dilaksanakan, bagaimana suatu ketika dulu Mohamad Rahmat semasa memegang menteri penerangan boleh menguatkuasakan peraturan kepada artis? Bak kata pepatah “jika ada kemahuan disitu ada jalan”.

Calon PAS Dicabar oleh BN dan Bebas

Sebagaimana yang diketahui umum Mohd Abdul Wahid Endut calon PAS telah dicabar oleh dua calon yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang membabitkan calon Bebas Azharudin Mamat dan calon BN Wan Farid Wan salleh, sekalu gus menandakan gendang pilihanraya telah dipalu.

Kini bermulalah perang terhadap amno dan siapa saja yang ingin menentang perkembangan Islam, kita tetap akan bertanding kerana niat kita ingin membela semua kaum selaran dengan tuntutan Islam itu sendiri, jika kita menang , suara dan rintihan rakyat akan terus dibela kerana kita mempunyai idea baru dalam usaha membantu rakyat yang akhirnya ditiru oleh kerajaan BN.

Laluan BN nampaknya agak sukar ekoran tersalah pilih calon, akibat ramai yang melobi untuk menjadi calon memaksa Dato Najib menyegerakan pengumuman calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dengan menamakan Wan Farid walaupun beliau belum bersedia untuk meletak jawatan dan meninggalkan kemewahan, ini terbukti apabila beliau bersedia mengangkat sumpah jawatan senator walaupun telah diketahui beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil beberapa hari saja lagi.

Petugas pilihanraya PAS perlu mengambil peluang melipatgandakan usaha bagi memastikan majoriti lebih besar ekoran kekalutan yang sedang dihadapi BN kini, walaupun Dato Najib telah turun berkampung di Kuala Terengganu namun kes wanita monggolia masih lagi menghantui beliau, penahanan petugas PKR yang dibuat oleh polis menunjukkan kes itu menghantui Dato Najib.

Harapan BN untuk memainkan isu Tabika Kemas nampaknya tak kesampaian apabila isu itu telah dijawab oleh kedua-dua MB Pakatan Rakyat, Isu Hudud yang dibangkitkan oleh Amno dilihat sebagai cubaan menakutkan orang bukan Islam juga tidak kesampaian, malah PAS kini mendapat sokongan padu dari semua parti dalam Pakatan Rakyat, pendek kata apa yang dibuat Amno/BN kini tidak menjadi.

Manakala BN yang masih lagi menggunakan taktik lama dalam meraih undi dimana sahaja berkempen dilihat sebagai retorik pilihanraya kunun membantu golongan miskin begitu juga meluluskan pelbagai projek segera bagaikan sesuatu yang biasa bagi BN. Tertipukah rakyat Kuala Terengganu dengan mainan Amno/BN ini?

Rasuah Pilihan Raya Kecil Terengganu

Melihat pada situasi semasa Umno bakal mengalami laluan sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen P.36 Kuala Terengganu. Malah Wan Ahmad Farid dilihat sedang merayu supaya diberi peluang kepadanya menjadi wakil rakyat walaupun tempoh berkempen bermula selepas penamaan calon.

Dalam masa yang sama beliau juga menawarkan diri untuk menyambung perkhidmatan Datuk Razali Ismail (nampak sangat gila pangkat) dan bersedia menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat bagi membuat rayuan pakaian sekolah kepada Menteri Besar, lebih baik jangan bertanding kalau sekadar nak rayu untuk dapatkan baju sekolah, tidak jadi wakil rakyat pun boleh buat rayuan.

Beliau juga bersedia meleskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 5 jan 09 kerana menerima amanah parti, nampak sangat ketidak sediaan beliau untuk menjadi calon dan melepaskan jawatan senator serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menjanjikan kemewahan.

Kini rasuah pembangunan telah mula ditabur, bermula dengan pengistiharan dewan cina yang bernilai RM6.1juta, kini peruntukan 5.8 juta pula diumum oleh MB tetapi akan dilaksana selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu, ia juga dilihat sebagai ugutan kepada rakyat, kerana jika amno kalah tiada pembangunan akan dijalankan, dijangkana siri rasuah pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan ditabur lagi selepas penamaan calon.

Gelap matakah nanti orang Kuala Terengganu dengan curahan wang ehsan, rasuah pembangunan bernilai jutaan ringgit dan segala macam bentuk bantuan yang akan ditabur dan dilabur sebagai persembahan sepanjang tempoh berkempen.

Apapun janji pilihanraya yang ditawarkan ini terpulang kepada kebijaksanaan pengundi, harus di ingat kuasa undi adalah hak rakyat dan perlu diguna secara bijaksana.

Mencegah Kemalangan

Kajian mungkin telah dibuat oleh pihak JKJR dan kini telah dilaksana untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan terutamanya yang melibatkan kereta, tidakkah terfikir kenderan lain juga boleh memberi sumbangan kepada kemalangan yang juga boleh mendatangkan maut, mungkin disinilah berlakunya kesilapan perhitungan yang dibuat oleh kerajaan apabila menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang yang munyusahkan pemilik dan pengguna kenderaan.

Sepatutnya pihak JKJR berusaha mencari jalan mengurangkan kemalangan sekali gus dapat mengurangkan kematian kerana kematian tidak dapat boleh dikurangkan dengan pemakaian tali pinggang keledar belakang sahaja. Pendidikan kepada pemanduan berhemah dan mengurangkan kelajuan perlu ditekankan, bukan hanya kepada kereta tetapi kepada semua pengguna termasuk kenderaan berat maupun motorsikal.

Kebiasaannya pengguna jalanraya akan lebih berhemah, bersopan dijalanraya apabila terdapat pihak berkuasa memantau pergerakan mereka dan ini boleh dilakukan terutama tempat yang sering berlaku kemalangan dengan meletakkan anggota keselamatan dikawasan yang telah pun dikenalpasti.

Selain itu, jalanraya juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan, jalan yang berlopak, bertampal yang tidak rata dan jalan yang lurus juga merupakan sebahagian dari sebab berlakunya kemalangan, banyak kemalangan berlaku ditempat yang sama, jadi jangan salahkan pengguna jalanraya semata-mata.

Sepatutnya kerajaan juga membuat kajian kenapa kemalangan boleh berlaku di tempat yang sama, jangan hanya sekadar meletakkan tanda amaran kawasan sering berlaku kemalangan tetapi kemalangan tetap berlaku.

Mengapa polis terpaksa menyorok disebalik semak untuk mendapatkan saman had laju? Kenapa tidak diletak papantanda “perangkap had laju sedang dijalankan”? Kerana ini juga salah satu cara mendidik pengguna jalanraya, terbaru tindakan menyaman pengguna yang tidak memakai tali pinggang keledar belakang di lihat seolah-olah kerajaan kini sedang mengutip hasil dari rakyat melalui saman.