Percaturan Yang Belum Pasti

BANGI 13 Sept. - Penerimaan pengundi setempat wajib dijadikan kelayakan utama sewaktu memilih calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kriteria lain seperti jawatan dalam UMNO bahagian mahupun umur calon tidak wajar digunakan sama sekali. Utusan

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri juga meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenainya.

Ulasan kedua-dua pimpinan tertinggi Umno ini berikutan cadangan yang telah dikemukakan oleh Umno Bahagian Teluk Kemang terhadap ketuanya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.

Nampaknya peluang Tan Sri Isa Abdul Samad untuk menjadi calon semakin malap walaupun telah menjadi MB selama 22 tahun dan mempunayai jasa yang besar kepada rakyat Negeri Sembilan namun masih tidak boleh memenangi hati pimpinan yang berada di Kuala Lumpur.

Apakah Hishamuddin merasakan Isa Samad tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat lalu meletakkan syarat tidak semestinya penyandang jawatan dalam Umno Bahagian, manakala Muhyidin pula meminta supaya lebih banyak nama dihantar untuk dibuat pilihan, seolah olah mereka tidak lagi mempercayai Isa samad, mungkin juga telah mempunyai calon lain pilihan mereka yang masih dirahsiakan dari pengetahuan Umno bahagian Telok Kemang.

Dari apa yang dapat difahami, nampaknya Isa samad hanya popular dikalangan orang Umno saja, patut pun beliau boleh menang jawatan Ketua Bahagian Umno dan boleh menang jawatan Naib Presiden Umno suatu ketika dulu dan kemudiannya dibatalkan itu cerita lain.

Akibat dari popularnya Isa samad dalam Umno yang membuatkan Muhyidin dan Hishamuddin kecut perut untuk menerimanya sebagai calon PRK Bagan Pinang, kerana dibimbangi populariti mereka akan merosot.

Comments :

0 ulasan to “Percaturan Yang Belum Pasti”

Post a Comment