Tindakan Umno Memalukan

Tindakan sesetengah pemimpin Umno yang masih tidak faham malah mencemuh dan mempersendakan hukum Islam amat mengecewa dan memalukan, sekali gus menjatuhkan martabat bangsa melayu yang ditafsirkan oleh perlembagaan Malaysia sebagai Melayu adalah Islam.

Perbuatan seolah-olah melindungi dan menyokong tayangan video sex semata-mata untuk tujuan politik murahan mereka.

Sehingga kini belum ada apa-apa tindakan yang dapat dilakukan oleh pihak berwajib untuk membawa mereka kemuka pengadilan.

Atas dasar inilah hak Islam yang didokongi oleh melayu Umno semakin terhakis sekiranya Umno dan sekutunya berterusan diberi kepercayaan memimpin negara yang telah diistiharkan sebagai negara Islam oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahadzir.

Umno lama yang diasaskan untuk orang melayu telah disalah gunakan oleh Umno baru dengan mengambil ahli dari kalangan bumiputra, ada bumiputra bukan melayu dan Islam yang sengaja dibuat untuk kepentingan politik sempit pemimpin Umno baru untuk kekal menerajui Umno.

Oleh itu sudah sampai masanya Umno yang berselindung dibelakang BN ditumbangkan dan dihapuskan kuasanya untuk kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Umno Kehabisan Idea

Umno kini ketandusan idea apabila hanya pandai buat cerita sex dan ugutan untuk kekal berkuasa.

Dulu dasar Umno Islam Hadhari kini ditukar kepada dasar satu Malaysia yang dikatakan mendahalukan rakyat tapi yang berlaku sebaliknya.

Apabila ada pihak cuba untuk menegur perbuatan yang mereka lakukan, mereka sekat saluran maklumat, TV dan Radio jauh melangit untuk pihak pembangkang mendapat manfaat, malah akhbar pakatan rakyat diberi permit yang terhad, begitulah juga dengan ceramah yang perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa dahulu.

Pas bawa agenda negara berkebajikan dikatakan meniru mereka, malah ada sesetengahnya pula menggesa ditubuhkan jawatankuasa menggubal konsep negara berkebajikan, bunyi macam setuju sangat, tapi tak pula desak kerajaan keluarkan kertas konsep negara berkebajikan yang dikatakan ditiru oleh Pas.

Adakan dengan menswastakan agensi kerajaan dinamakan negara berkebajikan?
Syarikat GLC yang berniaga dengan rakyat, mengambil untung diatas susah payah rakyat dan saban tahun mengistiharkan keuntungan berbilion ringgit, apakah ini dinamakan negara berkebajikan?

Kenaikan harga minyak dan gas serta pemotongan subsidi disel kepada nelayan dan kenderaan perdagangan juga dinamakan negara berkebajikan?

Felda yang memajak ladang peneroka dengan membayar secara ansuran bulanan kepada peneroka sehingga hutang mencecah puluhan ribu ringgit boleh dinamakan negara berkebajikan?

Oleh itu marilah kita berubah sebelum menjadi lebih parah dengan memberi sokongan serta undi kepada pakatan rakyat demi mengubah nasib “tidak akan berubah nasib sesaorang itu kalau mereka sendiri tidak mengubahnya”.

Umno Yang Istiqamah

Muhyidin Yasin kata Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa melayu, mungkin inilah kata-kata keramat yang yang ditelan oleh semua pencacai Umno dan yang seangkatan dengannya, tanpa soal selidik terlebih dahulu.

Sudah lebih 50 tahun Umno/BN perintah negara ada pernah laksana hukum Islam? Tak ada, malah bila Kelantan nak laksana hukum hudud ada dari kalangan Umno yang nak saman kerajaan Kelantan, kalau sekadar nak bela tapi tak buat apa-apa untuk kemajuan Islam, sikit pun tak guna.

Bila Pak Lah jadi PM, dia cuba angkat Islam dalam acuannya yang tersendiri, Islam Hadhari, mantan PM (Mahadzir) menentang hingga sanggup keluar dari Umno tapi bila Najib bawa masuk 1Malaysia mantan PM ni buat pusingan U menyokong idea Najib walaupun dikatakan dari cadangan Apco

Najib pula menyokong pembunuhan Osama oleh Amerika, Osama tu Islam tak sepatut Najib menyokong pembunuhan orang Islam oleh orang kafir latnatullah, dulu Najib kata Anwar agen barat tapi sekarang siapa sebenarnya agen barat?.

Ucapan Muhyidin hanyalah untuk mengalihkan isu yang sedang melanda BN dan pakatan mereka terutama MCA yang menentang selogan 1Melayu 1Bumi

Bila dah terdsak ajak Pas masuk BN, Pas dah masuk BN dulu, cukup lah sekali Pas bertandang kerumah BN, sepatutnya Umno pula yang bertandang kerumah Pas, baru adil.

Begitulah istiqamahnya pimpinan Umno untuk meruntuhkan Islam, melemahkan perjuangan Islam dan menghalang kebagkitan Islam.

Cerita PRK Kerdau

Cerita cerita disebalik kempen PRK dikerdau begitu memilukan umno kerana buat masa ini segala permintaan rakyat atau pengundi kerdau akan dilayan,bahkan kalau minta dibuat sungai pun tentu akan dilayan, begitu punya kalut umno di Kerdau walaupun umno tak bertanding, yang bertanding BN lambang dacing, bukan lambang keris telanjang.

Semua jenis bala jentera kerajaan dikerah membantu parti BN berkempen, kehadiran polis sama ramai dengan pengundi di Kerdau, pendek kata seorang polis boleh jaga seorang pengundi, tu belum masuk jentera Kemas, Jaip, pendidikan, Jheoa, JBA dan banyak lagi jentera kerajaan yang terpaksa diangkut membantu BN.

Sebab apa ramai jentera kerajaan atau agensi kerajaan diangkut membantu BN, tidak lain tidak bukan kerana BN tiada kekuatan sendiri, tiada jentera, tiada tenaga untuk melawan gerakan rakyat.

Walaupun telah lebih 50 tahun BN memerintah Pahang, masaalah air masih belum boleh diatasi, bercakap kepada rakyat seolah dia saja yang pandai dan boleh memerintah negeri dan negara, tapi masaalah air di Kg Baduk, Teluk Sentang dan Kg Purun masih belum selesai, itu baru masaalah air yang merupakan keperluan utama bagi setiap manusia, belum lagi pasai kemudahan perhubungan baik jalan atau pun kemudahan komunikasi, semuanya gagal, kalau kat sekolah gagal bermakna tak dapat menyambung pelajaran tapi bagi BN gagal ke, cemerlang ke sama je bagi mereka.

Kalau Pas menang bermakna Kerdau akan bertukar wajah kerana umno tentunya mahu merampas kembali kawasan ini, penduduk Kerdau akan mewah, banyak projek akan dilabur untuk menarik minat penduduk kampung, pada masa itu tak perlu lagi tunggu lori Jba yang baru dibeli datang memenuhkan tangki besar depan rumah.

Ijok telah menjadi bukti penipuan dan penyelewangan umno dimana janji bayaran balik pampasan tanah, diberinya seribu buat permulaan, selebihnya sehingga kini tiada bayang kerana umno memang suka sangat tengok pengundi miskin papa kedana kerana senang bagi mereka menabur janji manis untuk kempen akan datang.

Jadi usaha terakhir umno nak menang adalah menabur segala jenis barangan kepala agung dan juga juga tabung felda yang dijanji akan dibayar hari isnin selepas PRK, adakah peneroka akan percaya dengan janji tersebut, tunggu dan lihat.

Bak kata Nik Aziz, beri salah, tak beri kalah, jadi mereka serbasalah.

Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Akan Berlaku

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kerdau, lapor Bernama.

Dikesempatan ini saya mengucapkan takziah kepada kaum keluarga Allahyarham, semuga rohnya dicucuri rahmat.

Sekiranya diadakan pilihan raya, ini merupakan kali yang ke 17 pilihan raya kecil diadakan dan merupakan kali yang pertama bagi negeri Pahang.

Pilihan raya ini juga akan menyaksikan sejauhmana kesediaan dan komitmen jentera pilihanraya Pas Pahang untuk menghadapi PRK tersebut, seterusnya PRU yang ke 13 dalam negeri Pahang yang dianggap sebagai kubu kuat BN.