Rakyat Perlu Bayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Setelah slogan 1Malaysia diperkenalkan dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan telah timbul pelbagai cadangan untuk mendahulukan rakyat didalam semua bidang.

Semalam rang undang-undang “Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)” diperkenalkan dan telah dibentang oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi menggantikan “Cukai Jualan dan Perkihidmatan (SST) dalam usaha kerajaan mendahulukan rakyat membayar hasil barangan yang dibeli dan perkhidmatan yang dipakai dalam usaha kerajaan mengekalkan pencapaian hasil mereka supaya jangan berkurang .

Walaupun tempoh pelaksanaannya akan berkuatkuasa 2011 tetapi kerajaan 1Malaysia telah mengambil peluang diatas kebodohan dan ketidak pekaan rakyat berkenaan kutipan cukai oleh kerajaan yang dikutip melalui sayarikat-syarikat yang akan ditentukan, walaupun beberapa barangan diberi pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam, namum adakah rakyat hanya makan barangan keperluan itu sahaja, bagaimana pula dengan keperluan yang lain.

Kenaikan harga minyak suatu ketika dulu membuatkan barang melambung , namun untuk turun tidak sama sekali, kini subsidi minyak ditarik balik dengan pelbagai alasan terutama bagi menyekat kenderaan negara jiran mengisi minyak bersubsidi di 1malaysia serta mencegah penyeludupan bahan api tersebut, penarikansubsidi beras juga dijangka akan membebankan rakyat, mungkin sekarang tiada siapa yang akan merasa kerana belum sampai tempoh pelaksanaan sebenar.

Penyeludupan disempadan bukan perkara baru, tetapi inilah komitmen kerajaan untuk membendung kegiatan diluar undang-undang, mungkin boleh diperketatkan lagi kawalan sempadan supaya jangan sampai bolos bukan hanya mengambil kesempatan untuk menaikan harga atau memansuhkan subsidi.

Pelaksanaan GST dan pemansuhan subsidi dilihat sebagai usaha kerajaan untuk menekan rakyat terutama bagi mereka yang berpendapan rendah, cukuplah sekadar yang sedia ada jangan ditambah lagi dengan pelbagai akta dan peraturan baru yang menyusahkan dan membebankan rakyat.

Comments :

0 ulasan to “Rakyat Perlu Bayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan”

Post a Comment