Lakonan Pimpinan Umno

Selasa 14 Julai tarikh pengundian bagi Dun Manik Urai Kelantan yang menyaksikan pengundi ditabur dengan pelbagai sogokan oleh Pak Menteri, namun pengundi Manik Urai perlu berwaspada dengan kepuraan yang ditunjukkan oleh para Menteri BN kerana selepas 14 julai mereka akan kembali ke Kuala Lumpur yang entah bila mereka akan datang semula ke Manik Urai.

Persoalannya mengapa bila ada pilihanraya barulah kerajaan BN nak buat jalan, nak bagi bantuan anak sekolah, petani , nak tolong orang kampong menorah getah, nak ziarah orang sakit dan dalam masa yang sama menghina golongan penjual ikan.

Sebelum ada pilihanraya tiada peruntukan, kena sediakan kertas kerja untuk dapatkan peruntukan, Menteri pula sibuk tak sempat nak kaji selidik kepentingan kertas kerja yang dimajukan tetapi bila tiba pilihanraya semuanya bertukar, peruntukan segera diluluskan, Pak Menteri dah tak sibuk lagi.

Kenapa baru sekarang kerajaan Pusat dibawah BN begitu prihatin terhadap masyarakat di Manik Urai, kerana inginkan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja asalkan hasrat mereka tercapai.

Kita lihat Pak Menteri menyampaikan sumbangan atau hadiah kepada penduduk di Manik Urai yang disiarkan oleh TV, mereka tidak bersalam dengan golongan wanita sedangkan selama ini mereka bersalam dengan semua penerima (lelaki dan wanita) sumbangan atau hadiah sewaktu berada dalam majlis di ibu kota.

Di Manik Urai juga kita boleh melihat Pak Menteri dan pemimpin Umno berkopiah, mengapa mereka tidak bersongkok.

Oleh itu pengundi di Manik Urai perlu berwaspada dengan kepuraan dan lakonan oleh kumpulan pelakon dari Umno, buatlah pilihan yang bijak supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Comments :

0 ulasan to “Lakonan Pimpinan Umno”

Post a Comment