Lagi Usaha Meniru Pakatan Rakyat

Kini tiba giliran najib pula untuk meniru perubahan yang dibawa oleh PAS terutamanya perubahan yang dibawa oleh kepimpinan Tun Guru Dato Nik Abul aziz Nik Mat yang mana kita semua tahu usaha meniru ini telah dibuat sejak Dr Mahadzir menjadi Perdana Menteri.

Kalau dulu mereka meniru dasar pembinaan rumah 3 bilik, cuti bersalin 60 hari kepada wanita, cuti 2 hari seminggu, kini peluang Najib pula sebagai Perdana Menteri untuk meniru agenda perubahan yang dibuat oleh Pakatan rakyat.

Kehadiran Najib pada majlis sambutan 100 hari sebagai Perdana Menteri dikatakan sunyi daripada paluan kompang, perarakan bunga manggar dan tiada permaidani merah serta pemimpin duduk bersama tetamu dilihat sebagai meniru apa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Dia baru nak buat sedangkan dalam pakatan rakyat perkara begini telah menjadi perkara biasa yang telah diamalkan sejak dulu, pimpinan pakatan rakyat boleh duduk bersama, makan bersama malah Yang Berhormat Pakatan Rakyat boleh tidur di Markas bersama–sama dengan masyarakat umum.

Walau tiada kompang dan bunga manggar tetapi pada tarikh 11 julai terdapat 11 kanak-kanak membawa tek ucapan dan ucapan pula dibuat tepat jam11.11 kemudian mengumumkan 11 perkara yang dikatakan sebagai hadiah untuk rakyat yang setia menyokong umno.

Semuanya ini hanyalah sebagai gimik politik umno dan suatu pembohongan kepada penyokong pakatan rakyat kerana mereka tetap akan disisihkan dan dinafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN.

Comments :

0 ulasan to “Lagi Usaha Meniru Pakatan Rakyat”

Post a Comment