Penamaan calon bagi pilihanraya kecil Penanti ditetapkan pada 23 mei dan pengundian akan diadakan pada 32 mei sekiranya ada pertandingan, demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Putra Jaya hari ini.
Kerusi DUN Penanti kosong setelah perletakan jawatan oleh Mohamad Fairus Khairudin bagi memberi laluan siasatan oleh SPRM.
SPR membuat pembaharuan apabila tidak membenarkan parti politik yang bertanding membina pondok panas dan merayu undi disaat-saat akhir sebelum pengundi melangkah ke pusat pembuangan undi dengan alasan pengundi boleh berjalan dengan aman dan tiada kesesakan lalu lintas ke pusat pembuangan undi.
Tarikh pembuangan undi juga telah ditetapkan semasa sekolah mula bercuti dan memudahkan pengundi untuk balik mengundi, apakah ini satu perncangan SPR untuk memenangkan BN di DUN Penanti?
PRK Penanti 31 Mei
budu ruun, 4.27.2009Ceramah Sempena Kemenangan Nizar
budu ruun, 4.18.2009Ceramah umum mengenai isu semasa terkini dan majlis jamuan rakyat sempena kemenangan Dato Seri Mohamad Nizar di Bukit Gantang serta jamuan bagi meraikan petugas-petugas PAS Kawasan Rompin.
Ceramah akan disampaikan oleh
YB Dato Hj Mahfuz bin Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Tarikh : 20 April 2009
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS
Kampong Sepakat, Rompin.
Majlis dijadual akan bermula dengan solat maghrib dan disusuli dengan jamuan meraikan petugas, kemudian diteruskan dengan ceramah.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti
budu ruun, 4.16.2009Selepas 10 hari berehat dari penat lelah dan dalam keadaan sedang meraikan kejayaan di Bukit Gantang dan Bukit selambau kini satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi DUN Penanti yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.
Mungkinkah di Penanti nanti bakal mengesahkan penerimaan atau penolakan rakyat kepada Amno / BN yang kini dipimpin oleh Dato Najib?, apa pun sama- sama kita tunggu keputusan yang akan dibuat oleh pengundi DUN Penanti.
Dalam keadaan Amno / BN tidak ingin mengadakan pilihanyara kecil terutama di Perak namun ketentuan Allah mengatasi segalanya, satu demi satu pilihanraya kecil berlaku yang boleh dianggap sebagai proses penilaian berkala tahap sokongan dan mood rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Kabinet Baru
budu ruun, 4.09.2009PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakc op (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany Ahmad Maslan
T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan
Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan
Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan
Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan
Datuk Wira Abu Seman Yusop Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan
Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar
Timbalan
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman
Timbalan
A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan
Datuk M.Saravanan
Kabinet Najib
budu ruun, 4.08.2009

S Manikumar sah ADUN Bukit Selambau
budu ruun, 4.07.2009
S Manikumar ( PKR ) : 12,632
S Ganesan ( BN ) : 10,229
Majoriti : 2,403
Kemenangan ini membuktikan Pakatan Rakyat masih diterima rakyat ekoran dasar kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri.
Majoriti orang cina dan India menolak Amno / BN yang masih mengamalkan dasar lama dan tidak bersedia untuk berubah.
Dato Seri Ir Mohamad Nizar sah menang
budu ruun,
Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62
Majoriti - 2,789
Majoriti yang diperolehi oleh YAB Dato Seri Ir Mohamad Nizar lebih besar yang membuktikan rakyat Perak masih menyokong dan memerlukan kepimpinan Dato Seri Mohamad Nizar untuk mengubah masa depan mereka.
Keputusan pilihanraya kecil
budu ruun,PAS mendahului BN bagi mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang
PAS : 21,860
BN : 19,071
Majoriti : 2,789
PKR juga sedang mendahului BN bagi kerusi DUN Bukit Selambau
PKR :7,127
BN : 5927
Majoriti : 1,200
BN mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak
PKR : 2,053
BN : 3,907
Majoriti : 1854
satu-satunya keputusan yang telah diumumkan oleh TV apabila kemenangan berpihak kepada calon BN.
Keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kecil
budu ruun,Keputusan tidak rasmi pilihanraya kecil Bukit Gantang PAS mendahului BN dengan majoriti 1776 undi, manakala di Bukit Selambau pula PKR sedang mendahului BN dengan majoriti 770 undi.
Diharapkan angka ini akan kekal hingga keputusan rasmi diumumkan kelak.
Bagi Dun Batang Ai Sarawak pula PKR ketinggalan jauh dibelakang BN.